Selasa, 10 November 2009

kesedaran...

Doa Dari Hadis Sohih : Khusus Elak Di Rogol & Cabul

Oleh :Zaharuddin Abd Rahman (www.zaharuddin.net)

Terdapat beberapa pertanyaan tentang doa yang khusus bagi kaum wanita samada dewasa dan kanak-kanak untuk mengelakkan mereka dari terperangkap dalam situasi yang boleh membawa kepada rogol, pencabulan dan lebih dahsyat lagi deraan seks yang diakhiri dengan pembunuhan.

Maka di sini, selain doa dari hadis sohih pelindung setiap kali keluar rumah yang telah saya paparkan di artikel berkenaan Al-Marhumah Nurin Jazlin sebelum ini. Iaitu :-

رَسُولَ اللَّهِ يقول من قال بِسْمِ اللَّهِ الذي لَا يَضُرُّ مع اسْمِهِ شَيْءٌ في الأرض ولا في السَّمَاءِ وهو السَّمِيعُ الْعَلِيمُ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حتى يُصْبِحَ وَمَنْ قَالَهَا حين يُصْبِحُ ثَلَاثُ مَرَّاتٍ لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حتى يُمْسِيَ
DALAM sebutan rumi : BISMILLAH ALLAZI LA YADURRU MA'ASMIHI SYAIUN FIL ARDI WA LA FIS SAMAIE , WAHUWAS SAMI'UL 'ALIM

Ertinya : Rasulullah s.a.w didengari berkata sesiapa yang berdoa : "Dengan nama Allah yang tiada dimudaratkan sesuatu apapun dengan namaNya samada di bumi dan di langit, dan Dialah maha mendengar dan maha mengetahui" sebanyak 3 kali, maka ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehinggalah subuh esoknya, dan barangsiapa membacanya ketika subuh 3 kali, ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehingga petangnya" ( Riwayat Abu Daud, 4/323 ; At-Tirmidizi, 5/465 dan Ahmad ; Tirmizi : Hasan - Teks doa berwarna Merah Syeikh Syuaib ; Hasan)

Ingin saya utarakan satu lagi doa sohih yang dibaca oleh isteri Nabi Ibrahim a.s (iaitu Siti Sarah) yang menyebabkan para lelaki zalim termasuk rajanya melarikan diri, saya sertakan sekali sumber rujukannya dari hadis Nabi s.a.w.

اللّهُمَّ اِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ اني آمَنْتُ بِكَ وَبِرَسُولِكَ وَأَحْصَنْتُ فرجي إِلاَّ على زوجي فَلاَ تُسَلِّطْ عَلَىَّ الْكَافِرَ

DALAM SEBUTAN RUMI : ALLAHUMMA IN KUNTA TA'LAMU INNI AAMANTU BIKA, WA BIRASULIKA WA AHSONTU FARJI ILLA 'ALA ZAWJI FALA TUSALLIT 'ALAYYA AL-KAFIR WA AZ-ZALIM

Ertinya : Ya Allah, jika engkau mengetahui bahawa aku beriman kepada Mu dan Rasul Mu, dan aku menjaga kehormatanku hanya untuk suamiku, maka lindungilah aku daripada dikuasai oleh orang-orang kafir dan zalim" ( Riwayat Al-Bukhari, no 2104, 2/722 ; Sunan Al-Baihaqi, 5/97; Musnad ahmad, 2/403 ; Fath Al-Bari, 6/393; Umdat Al-Qari, 12/30; Sohih )

Semoga ia dapat dihafaz dan di amalkan oleh semua wanita Muslimah, Cuma jangan lupa bahawa doa ini bersoifat tawassul dengan amal soleh anda, iaitu apabila diikat dengan imannya dengan Allah s.w.t dan RasulNya dan telah dijaga kehormatannya dan sudah tentu auratnya.

Justeru, seolah-olah kemaqbulan doa ini juga diikat tentang kewajiban untuk beriman dengan Allah dan rasulNya dan menutup aurat anda. Tanpanya, doa ini masih amat digalakkan untuk dilakukan, cuma jaminan seolah-olah lebih pasti bagi yang apa yang dikatanya (dalam doa ini) menepati apa yang sebenarnya penampilan fizikal anda.

Justeru, jika berbaju kebaya terbelah, baju sendat menampakkan susuk tubuh, berpakaian nipis seolah telanjang, bersolek canggih seperti artis bukan Islam..sudah tentu doa ini sahaja belum cukup mampu menjaga anda. Bukan kerana Allah s.w.t tidak mampu, tetapi Allah s.w.t tidak anggap wanita itu layak dek kerana kedegilannya sendiri.

Fikirkanlah.
Sekian
Zaharuddin Abd Rahman
http://www.zaharuddin.net/

Sabtu, 7 November 2009

17 & 19 exam kembali....

mgu lepas baru abis 4 paper dalam masa 3 hari...memang menyakitkan kepala....walaupun dah habis 4 paper tapi ade lagi 2 paper hsm 215 & hsm 313...mgu ne kurang bebanan di kepala sebab masa stdy panjang....kawan2 laen dok panaskan punggung kat kerusi...

Rabu, 4 November 2009

Exam PGT 224, LSP 401..

Hari nie dah mula exam.... pagi & petang PAPER memang menyakitkan..pagi paper kaedah mengajar sejarah, ptg plak paper LSP 401...Paper LSP 300 lagi senang berbanding 401....harap2 keputusan LSP tak akan mengecewakan......Balik je terus bukak blog nak update maklumat terbaru...esok paper yang tenat pd saya dan kawan2..klu tak baca dari awal dan paham konsep yg dr Radiah ajar mahu hentak kepala dalam dewan peksa.....Esok dah la exam jauh dari desa.. Terpaksa bersiap awal nampak gayanya sebab pelajar yg ambil kertas morfologi HMT223 ne cuma 25 orang je....terpaksa la amik peksa kat DKT........ harap2 usaha selama nie belajar Morfologi tidak akan sia-sia ...harap2 kejayaan berpihak kepada saya dan kawan2.....Esok paper Morfologi menunggu........takutnya...........

Ahad, 1 November 2009

Follow...blog kawan2 hmt 223

arini baru ade kesempatan nak follow blog kawan2...dh try follow smua blog kawan2...tapi ada 3 blog yg tak boleh follow...dh try banyak kali tapi masih sama...(shukor),,,tak taulah silap kat mane... tapi tetap tak boleh follow juga walaupun dah guna maklumat yg diberi......Bukan susuh sangat nak follow ne..... senang je rupanya( itupun kalau wireless ok).....kalau tak mahu jenuh tangan ne....Memang menarik blog kawan2 nie...diaorang ade macam2 idea yg nak dikongsikan ...kadang-kadang maklumat dalam blog kawan2 nie sangat berguna untuk masa depan .... diharap dengan membaca blog kawan2 ne dapatlah tambah maklumat kat kepala ne....

RAYA 2009..

beraya di rumah kawan lama

nie anak buah kesayangan

konvoi ke Muor

Raya di Muar & Kluang bersama kawan2

beraya bersama sepupu rapat di Kluang


raya pertama di rumah


Sekarang baru ade kesempatan nak upload gambar raya....Kebelakangan ni sebok sikit dengan aktiviti kampus( hockey)....kadang2 memgeluh juga...kerja tak penahnya abis,tapi minat punya pasal latihan dan game tetap turun.....Raya tahun ni merupakan tahun ketiga beraya tanpa emak disisi... banyak sangat kenangan yang tak dapat dilupakan sewaktu beraya dengan arwah emak( teringat rendang daging )...rindunya kat arwah emak..(rasa nak menitis air mata)....raya kali nie beraya dengan adik beradik dengan ayah...walaupun tak semeriah 3 tahun lepas tapi raya tahun nie tetap ade keistimewaannya....Raya kali ni sempat beraya bersama kawan2 ke Muor...( rumah cikgu aida)...

Exam Week..

hari nie start exam kat usm( induk)... musim exam ne dewan kuliah jadi lengang je....rindunya rasa nak lalu depan foyer....selalunya kat situ tempat perjumpaan student. study week nie library pun nampaknya penuh orang.....good luck untuk kawan2.. jgn lupa mintak restu dari mak n ayah di kampung....
Jadual exam kali nie memang membebankan start dr 4,5,6,17,19...( nie semua minggu yang menyesakkan fikiran...klu tak study awal boleh pecah kepala...lagi2 paper hmt223 ( menakutkan)....terima kasih dr radiah sebab sabar melayan saya dan kerenah kawan2 yang lain..xsaba nak balik kampung 21 nie...rindunya Kluang....

HIKMAH BERWUDUK

Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan,

"Ya Allah, ampunilah dosa mulut dan lidahku ini."

Penjelasan: Kita hari-hari bercakap benda-benda yang tak berfaedah.


Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan,

"Ya Allah, putihkanlah muka ku di akhirat kelak,

Janganlah Kau hitamkan muka ku ini."

Penjelasan: Ahli syurga mukanya putih berseri-seri.



Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan,

"Ya Allah, berikanlah hisab-hisabku di tangan kanan ku ini."

Penjelasan: Ahli syurga diberikan hisab-hisabnya di tangan kanan.



Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan,

"Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisabku di tangan kiri ku ini."

Penjelasan: Ahli neraka diberikan hisab-hisabnya di tangan kiri.



Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan,

"Ya Allah, lindungilah daku dari terik matahari

di padang Masyar dengan Arasy Mu."

Penjelasan: Panas di Padang Masyar macam matahari sejengkal di atas kepala.



Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan,

"Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini."

Penjelasan: Hari-hari mendengar orang mengumpat, memfitnah dan lain-lain.



Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan,

"Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim."

Penjelasan: Ahli syurga melintasi titian dengan pantas sekali.



Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan,

"Ya, Allah,bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau

dan bukan tempat-tempat maksiat."

Penjelasan: Qada' dan Qadar kita di tangan Allah.



Ramai di antara kita yang tidak sedar akan hakikat bahawa setiap yang dituntut dalam Islam mempunyai hikmah nya yang tersendiri.